Langkau ke kandungan utama

dup dap dup dap

dup dap dup dap . terasa debaran nya.. korang mesti pelik kan? debaran apakah itu? 24 haribulan ni aku akan mengikat pertunangan dengan seseorang..aku tak tahu nak cakap macam mana..orang yg aku cinta? belum lagi.. orang yg aku sayang?? belum lagi..tapi sayang,cinta itu semua ada je tapi biasa lah kalau dia tak ego, mungkin aku berani ngaku yg dia orang yg aku sayang..orang yg aku cinta..tapi masalahnya tiada. dah macam cara dah aku buat untuk dia jatuh cinta kt aku.. tapi tak ada pun. semua benda dia dah pernah rasa dulu.. andai lah dia tahu yg dia lelaki pertama yg berani menyunting ku dari tanaman.

dari dasar dia seorang lelaki yg budiman, bertanggungjawab , family man la orang kate. hmm.. dia melamar aku mase 1 disember 2017 . mase tu aku blur kut.. nak tolak lamaran tu tak sampai hati sebab nampak sangat lah dia beriya-iya nak aku.. aku sendiri pun tak tahu kenapa dia macam terburu-buru. masa aku dengan dia kan..aku nampak dia macam lah suka kat aku.. tapi dia asyik cita bagusnya ex dia yg si aisyah yg buat aku rase makin tak suka betul n benci dengan perempuan tu. bukan apa , sampai hati perempuan tu mainkan perasaan si dia saban tahun.. almost 8 tahun.. kesian si dia setia for nothing . yg lagi buat aku benci gile dgn perempuan tu . bajet cool bajet hot . kalau aku jumpa depan-depan mahu aku basuh perempuan tu cukup-cukup. masa aku bagitahu kebiadapan perempuan tu zaman sekolah kat si dia.. dia macam tak nak percaya cakap aku. dia cakap perempuan tu tak macam tu . Allahuakbar.. aku percaya dengan deria ke 6 aku.. tak pernah silap rasa apatah lagi buruk sangka. untuk part si dia aku tak pernah rasa benci macam mana aku benci kat perempuan tu . tapi masa aku mula-mula jumpa si dia ni.. aku asyik tertanya siapa dia? aku akui aku paling tak suka dengan sikap buruk si dia. sampai hari ini rasa tak suka pada perangai buruk dia tu masih ade. tapi dalam masa yg sama apa sahaja sikap baik n positif si dia.. buat aku rasa suka yang itu dan aku rasa bahagia .. tapi bila nampak je yg buruk tu. aku jadi tak suka..bukan tak suka dekat si dia tapi tak suka dengan sikap buruk dia tu. orang cakap apa mencegah kemungkaran selemah-lemah iman adalah menggunakan hati (membenci keburukan itu).

mengenai penampilan , dia seorang memang rupawan , ada rupa model . pendek kate memenuhi lah ciri penampilan lelaki yg aku suka . ramai suka kat dia.. ramai nak kat dia. tapi aku? aku sikit pun tak de rasa macam excited la nak kenal dia sebab aku dah kenal dia dari kecil lagi.. pastu aku tak rasa gentar pun .. bukan apa .. aku dah fobia dah.. aku ikhlas je . tapi siang malam aku tak pernah lupa doakan untuk kesejahteraan hubungan kami.  aku buat semua tu kerana aku yakin Jodoh aku(si dia) itu pilihan Allah untuk aku tapi kalau dia tak reti nak hargai aku, aku tak boleh nak buat apa la.. aku ade cakap dekat famili aku.. dia lelaki terakhir yg aku pilih . pasni if ade lelaki laen.. aku tak rasa dah nak kahwin . tak ingin aku jatuh di tempat same buat kali ke 4 . apa sejarah silam aku..aku tak pernah cerita dekat si dia. dan si dia tak ingin nak ambil tahu pun.. tapi apa jua sejarah silam si dia.. aku tahu dari awal sampai akhir. aku telan satu persatu . aku mengharapkan redha Illahi..aku nak cinta kali ni adalah cinta yg Allah pilih untuk kekal di syurga nanti .

nampak post ni macam aku tak bahagia eh? aku bahagia sangat2.. kadang-kadang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. sekarang ni bila dah nak bertunang ni.. si dia selalu ad dengan aku.. dah pandai ungkap kata-kata cinta. dia dah tak marah-marah ke komen bukan2 kat aku dah. alhamdulillah . yang paling aku bahagia sangat bila dia sendiri mula cakap "sayang awak sangat" Allahuakbar.. tak tahu nak gambarkan perasaan aku macam mana.. rasa bahagia sangat Ya Allah. selame ni aku bagai nak mati buat macam-macam untuk dia hargai aku.. sekarang, aku biasa je.. dia jela yang buat itu ini untuk aku.. Ya Allah.. permudahkan urusan pernikahan kami dan rumahtangga kami lepas nikah nanti.. limpahkanlah rezeki yg melimpah ruah pada kami berdua . amin2 ya rabb..

ikutkan hati aku sebenarnya nak nikah cepat-cepat supaya aku dah tak payah serabut nak fikir lama-lama soal majlis kawen ni..buat penat otak je.. ni ikat setahun.. merana jap la..haha aku nak buat biasa-biasa je tapi tu lah mak ayah aku nak buat grand sbb aku bongsu perempuan . entahlah..semoga dipermudahkan segala urusan aku dan si dia. Actually nak tunang ni pun aku berdebar-debar weh.. tak tahu lah kenapa. hope time tunang nnti aku paling cantik n comel lah.. heee semoga majlis pertunangan kami 24 mac 2018 lepas zohor pada hari sabtu hadapan berjalan dengan lancar n suasana nya meriah dan dapat merapatkan lagi ikatan kekeluargaan 2 keluarga besar aku dan si dia.. aminnnn...ya rabbal alamin .. :)

doa baik-baik ye sahabat. JS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku yang dulu bukan aku yang sekarang

Sudah lama aku tak update blog sejak kematian ayah aku. Entahlah diriku rasa tiada lagi cerita menarik yang aku boleh kongsikan disini. Hmm.. Kini aku sudah berumur 33 tahun, jadi ia sekadar angka atau bagaimana. Aku masih lagi rasa diriku di umur 25 lagi. Aku kadang-kadang rasa macam diri aku belum move on. Sudah hampir 6 tahun lebih aku masih belum dikurniakan zuriat disebabkan penyakit yang aku alami. Kadang-kadang aku sering menyalahkan diriku, adakah ini salahku kerana terlalu jaga harga diri dan maruah diriku sehingga aku diuji seperti ini? Andai aku boleh putarkan masa, aku ingin berada sewaktu aku berusia 24 tahun kerana masa itu aku ingin pilih direction untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana aku ke sheffield, United Kingdom dalam bidang statistik atau data security. Dan mungkin juga, aku dapat kahwin dengan lecturer ke tak pun mualaf ke. Disebabkan arwah ayah first time terkena serangan jantung, aku memilih untuk stay di Malaysia dan jadi ordinary person sahaja. Arwah aya...

dia adalah jiranku

"saya selalu nampak awak dekat bus-stop" "kita tengoklah 2,3 bulan ni macam mana" "saya nak tegur awak tapi mampu dalam hati je" "saya nak kita serius dan tak nak main-main dah" "awak..awak kena tolong saya taw" "tu dulu..ala..kne ikhlas lah" "banyak dah duit awak keluar..susahkan awak je.." itu antara bibit kata yg masih terngiang-ngiang di fikiranku . jodoh dan pertemuan itu percaturan Allah.. kita tak mampu sangka atau plan apa-apa.. itu lah yg terjadi pada aku..sekarang ni aku cuma tertanya-tanya . siapakah dia? soal jodoh memang aku tak pernah tolak . asalkan dia ikhlas dengan aku.. dia boleh terima aku apa adanya.. hmm... aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa.. apa yg pasti aku selesa dengan dia. hmm..sekarang ni aku tak tahu nak taip apa kat blog ni.. mungkin terlalu banyak untuk perkatakan tetapi hati aku lebih pilih untuk cakap dalam hati. itu sahaja.. kalau aku dah ready nak cerita, aku share...