Langkau ke kandungan utama

Catatan

Aku yang dulu bukan aku yang sekarang

Sudah lama aku tak update blog sejak kematian ayah aku. Entahlah diriku rasa tiada lagi cerita menarik yang aku boleh kongsikan disini. Hmm.. Kini aku sudah berumur 33 tahun, jadi ia sekadar angka atau bagaimana. Aku masih lagi rasa diriku di umur 25 lagi. Aku kadang-kadang rasa macam diri aku belum move on. Sudah hampir 6 tahun lebih aku masih belum dikurniakan zuriat disebabkan penyakit yang aku alami. Kadang-kadang aku sering menyalahkan diriku, adakah ini salahku kerana terlalu jaga harga diri dan maruah diriku sehingga aku diuji seperti ini? Andai aku boleh putarkan masa, aku ingin berada sewaktu aku berusia 24 tahun kerana masa itu aku ingin pilih direction untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana aku ke sheffield, United Kingdom dalam bidang statistik atau data security. Dan mungkin juga, aku dapat kahwin dengan lecturer ke tak pun mualaf ke. Disebabkan arwah ayah first time terkena serangan jantung, aku memilih untuk stay di Malaysia dan jadi ordinary person sahaja. Arwah aya...
Catatan terbaharu

Pergi Tak Kembali

 ayah tahun ni tahun paling sukar buat syita syita tak tahu macam mana nak lalui hari-hari tanpa ayah dari hujung rambut sampai hujung kaki sepanjang hayat ayah tak pernah sekali pun ayah lupa tentang syita andai bukan PKP , syita pasti akan jaga ayah hingga hembusan terakhir Ya Allah kuat betul dugaan dan ujian Engkau berikan pada aku tahun ni aku tak kuat sebenarnya tapi aku cuba kuat demi ibu aku teringat semua kesilapan aku terhadap ayah tahun ni tahun ke 2 aku tak dapat pergi solat raya dengan ayah. tahun lepas sebab PKP tahun ni Allahu dah la tahun ni syawal pertama aku tak boleh lawat pusara ayah Allahu kuatkanlah hatiku dulu aku semangat kemas rumah dan tolong ibu  minta ayah belikan ikan untuk bust laksa johor tahun ni no more laksa johor (juadah kegemaran ayah setiap kali syawal) setiap pagi syawal , aku akan mohon ampun dosa aku terhadap ayah aku tahu tak pernah sedikit pun ayah tak ampunkan aku setiap tahun ayah akan belikan baju raya untuk aku even umur aku dh 26 ...

wehh..aku dah tunang 💍

Alhamdulillah.. 24 Mac 2018 menjadi tarikh saksi bahawa aku kini menjadi tunangan kepada Johanudin Awal bin Junit. Rase macam nak menjerit excited sangat2 tapi tulah tak syok sebab orang tua banyak kali cakap kat kitorang jangan selalu jumpa..aku tak kisah sebenarnya sebab aku tahu cinta aku dan cinta johan sudah bersatu.. Alhamdulillah sangat2..selesai satu babak cinta kami..terima kasih semua yg sudi hadir bagi memeriahkan majlis pertunangan kami.. untuk en tunang,maaf sangat2 sayang sebab saya tak terlayan awak sangat..saya bukan apa terlalu segan depan keluarga kita..ikutkan hati nak je berkepit dengan awak je sepanjang majlis tapi tulah..saya kena kenal2 dengan famili awak juga..supaya majlis pernikahan kita nanti dipermudahkan.. maaf kan saya taw sayang.. i love you infinity extra infinity <3  untuk dalam masa 6 hari ini rasa dia lain sangat..rasa macam jadi orang besar dah saya.. bila tengok awak je..saya rase segan sangat2 tapi saya pretend macam tak segan langsun...

dup dap dup dap

dup dap dup dap . terasa debaran nya.. korang mesti pelik kan? debaran apakah itu? 24 haribulan ni aku akan mengikat pertunangan dengan seseorang..aku tak tahu nak cakap macam mana..orang yg aku cinta? belum lagi.. orang yg aku sayang?? belum lagi..tapi sayang,cinta itu semua ada je tapi biasa lah kalau dia tak ego, mungkin aku berani ngaku yg dia orang yg aku sayang..orang yg aku cinta..tapi masalahnya tiada. dah macam cara dah aku buat untuk dia jatuh cinta kt aku.. tapi tak ada pun. semua benda dia dah pernah rasa dulu.. andai lah dia tahu yg dia lelaki pertama yg berani menyunting ku dari tanaman. dari dasar dia seorang lelaki yg budiman, bertanggungjawab , family man la orang kate. hmm.. dia melamar aku mase 1 disember 2017 . mase tu aku blur kut.. nak tolak lamaran tu tak sampai hati sebab nampak sangat lah dia beriya-iya nak aku.. aku sendiri pun tak tahu kenapa dia macam terburu-buru. masa aku dengan dia kan..aku nampak dia macam lah suka kat aku.. tapi dia asyik cita bagu...

dia adalah jiranku

"saya selalu nampak awak dekat bus-stop" "kita tengoklah 2,3 bulan ni macam mana" "saya nak tegur awak tapi mampu dalam hati je" "saya nak kita serius dan tak nak main-main dah" "awak..awak kena tolong saya taw" "tu dulu..ala..kne ikhlas lah" "banyak dah duit awak keluar..susahkan awak je.." itu antara bibit kata yg masih terngiang-ngiang di fikiranku . jodoh dan pertemuan itu percaturan Allah.. kita tak mampu sangka atau plan apa-apa.. itu lah yg terjadi pada aku..sekarang ni aku cuma tertanya-tanya . siapakah dia? soal jodoh memang aku tak pernah tolak . asalkan dia ikhlas dengan aku.. dia boleh terima aku apa adanya.. hmm... aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa.. apa yg pasti aku selesa dengan dia. hmm..sekarang ni aku tak tahu nak taip apa kat blog ni.. mungkin terlalu banyak untuk perkatakan tetapi hati aku lebih pilih untuk cakap dalam hati. itu sahaja.. kalau aku dah ready nak cerita, aku share...

ikhlas .

IKHLAS . Ada apa dengan ikhlas? bagi aku..ikhlas tu benda paling mulia sekali..siapa yg punya perasaan macam tu..serius aku memang hormat tinggi lah dekat dia . benda paling susah adalah benda yang paling kita sayang terpaksa kita lepaskan..kita kena ikhlas keranaNya..orang cakap mana lagi penting?diri kita atau redha daripadaNya?sakit ke derita ke ape ke once korang dah azam untuk dapat keredhaanNya..in shaa Allah hati korang pasti ikhlas..steady okay..just maafkan segala yang tejadi..lupakan apa yg berparut dihati..biar Allah yg sembuhkan ia..yakin dengan Allah..yakin dengan cinta Allah..pasti korang memang akan tersenyum..sebab korang tetap pertahankan apa yg jadi milikNya.  aku memang sayangkan dia sangat2 tapi sebab aku tak sanggup dia sakit hati luka hati sebab aku..aku terpaksa leraikan..aku sanggup hilang dia daripada aku kehilangan keredhaanNya..aku yakin kalau dia memang terbaik untukku..Allah akan kembalikan padaku..mungkin Allah nak bagi ruang pada kami untuk ingat...

Istikharahku untukmu

“ Ya Allah, aku memohon Petunjuk Kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon Kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik (hanif) untukku dalam Agamaku, Kehidupanku dan Jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagiku dan Berkatilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamaku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dariku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan Redhailah aku dengan kebaikan itu.” Ssungguhnya Jarak yg Terdekat antra seorang hamba dgn Allah adalah ketika Sujud maka perbanyaklah doa pd saat itu. Berdoalah kpd-Ku niscaya akn Ku-perkenankan bagimu (Ud'uni Astajib Lakum). Ssungguhnya tiada hal yg dpt mengubah takdir seseorg kecuali doa kerana ia merupakan intinya ibadah. Doa seorang mukmin bg saudaranya yg jauh adalah mustajab setiap kali ia mendoakan suatu Kebaikan bg saudaranya maka malaikat yg mendengar mengaminkanya.. ...