Ada kalanya, ada orang yang sudah lama bercinta ataupun mengikat tali kasih, akhirnya ternyata tidak ditakdirkan untuk dapat bersama. Pelbagai sebab yang terjadi yang menyebabkan gagalnya melangkah ke pelamin. Bagi menutup rasa kecewa, seorang daripada mereka mungkin berkata, “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia.” Tetapi benarkah perkataan itu ikhlas dan murni dari hati, atau sekadar penyedap keadaan? Selalunya mulut berkata kuat, tetapi hati masih tidak dapat menerima. Dihadapan dia boleh tersenyum ceria, tetapi di rumah dihujani air mata. Apabila berhadapan keadaan sebegini, teruskan melangkah dan mempersiapkan mental bagi menghadapi kenyataan. Pada awalnya memang sukar. Tetapi, sekiranya kita terus berusaha sedaya upaya, kita juga berani berkata dengan tulus dan murni dari hati, “Apabila kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia, Insya Allah.” Adakah kita berani berkata sebegitu? Saya percaya, ia bukan soal berani atau tidak, tetapi i...