Sudah lama aku tak update blog sejak kematian ayah aku. Entahlah diriku rasa tiada lagi cerita menarik yang aku boleh kongsikan disini. Hmm.. Kini aku sudah berumur 33 tahun, jadi ia sekadar angka atau bagaimana. Aku masih lagi rasa diriku di umur 25 lagi. Aku kadang-kadang rasa macam diri aku belum move on. Sudah hampir 6 tahun lebih aku masih belum dikurniakan zuriat disebabkan penyakit yang aku alami. Kadang-kadang aku sering menyalahkan diriku, adakah ini salahku kerana terlalu jaga harga diri dan maruah diriku sehingga aku diuji seperti ini? Andai aku boleh putarkan masa, aku ingin berada sewaktu aku berusia 24 tahun kerana masa itu aku ingin pilih direction untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana aku ke sheffield, United Kingdom dalam bidang statistik atau data security. Dan mungkin juga, aku dapat kahwin dengan lecturer ke tak pun mualaf ke. Disebabkan arwah ayah first time terkena serangan jantung, aku memilih untuk stay di Malaysia dan jadi ordinary person sahaja. Arwah aya...
Ulasan
Catat Ulasan