Langkau ke kandungan utama

ikhlas .

IKHLAS . Ada apa dengan ikhlas? bagi aku..ikhlas tu benda paling mulia sekali..siapa yg punya perasaan macam tu..serius aku memang hormat tinggi lah dekat dia . benda paling susah adalah benda yang paling kita sayang terpaksa kita lepaskan..kita kena ikhlas keranaNya..orang cakap mana lagi penting?diri kita atau redha daripadaNya?sakit ke derita ke ape ke once korang dah azam untuk dapat keredhaanNya..in shaa Allah hati korang pasti ikhlas..steady okay..just maafkan segala yang tejadi..lupakan apa yg berparut dihati..biar Allah yg sembuhkan ia..yakin dengan Allah..yakin dengan cinta Allah..pasti korang memang akan tersenyum..sebab korang tetap pertahankan apa yg jadi milikNya. 

aku memang sayangkan dia sangat2 tapi sebab aku tak sanggup dia sakit hati luka hati sebab aku..aku terpaksa leraikan..aku sanggup hilang dia daripada aku kehilangan keredhaanNya..aku yakin kalau dia memang terbaik untukku..Allah akan kembalikan padaku..mungkin Allah nak bagi ruang pada kami untuk ingat balik semua susah payah kami hadapi bersama..tak bersama bukan bermaksud aku mengalah untuk perasaan istimewa aku pada dia..aku tetap mencintainya walaupun kami terpaksa berpisah untuk sementara. aku tetap doakan supaya Allah selalu satukan hati,minda dan jiwa kami berdua..berkatilah dan restuilah hubungan kami..sesungguhnya kami mengharap redha daripadaNya. Dia pemilik hati setiap hambaNya..kami tak nak cinta kami melebih had daripada cinta kami padaNya.

aku?tipulah kalau aku cakap aku tak sakit..Ya Allah sakit dia..hanya Allah sahaja yang tahu..sampai aku dah rasa malu teramat sangat sebab setiap waktu selame 7 bulan ni aku nangis tanpa henti setiap kali ngadu kat Dia. selama ni aku nak sembuh sekejap je cuma perlukan 3 hari je..tapi ni aku tak tahu berapa lama..aku dapat rasa hati aku tak mampu mencintai yg lain seperti mana aku mencintaiNya dan dia.. aku rasa aku tetap setia pada cinta dan janji aku pada dia..kenapa nak kenal dengan orang lain?korang fikir lah berapa kali nak bercinta putus bercinta putus..indah pada awalnya tapi tawar diakhirnya..pstu cari cinta baru..sampai bila nak ulang benda tu?tak ada yang berubah..so,baik aku hentikan..ada jodoh yg kuat..pasti Allah satukan kami..

aku ikhlas bukan sebab aku dah fed up dengan semua ni..tapi aku dah tak larat dah nak dahulukan semua daripada diri aku sendiri..dari aku kecik lagi aku kena dahulukan semua dari diri aku..hope kebaikan aku itu diterima..cuma satu je lah yang aku tak boleh lupa..satu je..kejadian pada 1997..hebat-hebat seorang tu pun tak semua benda dia hebat kan..tapi aku try let it go but entahlah..mungkin aku kena ambil dari benda baik la kut..actually dua-dua salah..tapi bila aku fikir kan balik..dua-dua aku kasihan..tapi tak tahu..biar Allah sembuhkan luka tu..efek dari situ lah..aku jadi macam sekarang..otak aku lembab siket kadang2..once dia pernah tegur jangan noob sangat..Ya Allah..aku mampu kata dalam hati..actually dia lagi bertuah..tapi biasalah manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..apa-apa pun aku bersyukur dengan aku sekarang..at least aku jadi somebody..

hmm..aku nak bagitahu korang..in shaa Allah kalau betul la ni jalan yang Allah tunjuk kat aku..aku akan melanjutkan pelajaran aku ke UK..tak pun aku ambil short course kat sana..aku perlu sembuhkan diri aku dari apa yang ada kat malaysia ni..doakan aku..aku try ikhlaskan..at least aku balik malaysia nanti..benda tu sudah jauh untuk aku ingat balik..hmm..aku harap lah apa yang aku rasa ni betul..aku tak nak guna otak aku dah..cukup lah otak aku duk mind set sakit hati je.memang sampai ke sudah takkan move on kan..hmm..hope lepas ni aku pulihkan diri aku dari luar dan dalam..dari atas dan bawah..semuanya totally berubah..tapi satu jelah..aku takkan pernah lupa korang yang selalu ada ketika aku susah senang bosan mahupun sunyi..terima kasih u olls...semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat.. in shaa Allah..kebaikan itu akan jadi kebiasaan kita..biarlah kita ditindas kerana kebaikan kita..janganlah kita dipuji kerana keburukan kita..yg penting Dia tahu apa kita niat..okay la..ada masa aku update lagi k.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku yang dulu bukan aku yang sekarang

Sudah lama aku tak update blog sejak kematian ayah aku. Entahlah diriku rasa tiada lagi cerita menarik yang aku boleh kongsikan disini. Hmm.. Kini aku sudah berumur 33 tahun, jadi ia sekadar angka atau bagaimana. Aku masih lagi rasa diriku di umur 25 lagi. Aku kadang-kadang rasa macam diri aku belum move on. Sudah hampir 6 tahun lebih aku masih belum dikurniakan zuriat disebabkan penyakit yang aku alami. Kadang-kadang aku sering menyalahkan diriku, adakah ini salahku kerana terlalu jaga harga diri dan maruah diriku sehingga aku diuji seperti ini? Andai aku boleh putarkan masa, aku ingin berada sewaktu aku berusia 24 tahun kerana masa itu aku ingin pilih direction untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana aku ke sheffield, United Kingdom dalam bidang statistik atau data security. Dan mungkin juga, aku dapat kahwin dengan lecturer ke tak pun mualaf ke. Disebabkan arwah ayah first time terkena serangan jantung, aku memilih untuk stay di Malaysia dan jadi ordinary person sahaja. Arwah aya...

dia adalah jiranku

"saya selalu nampak awak dekat bus-stop" "kita tengoklah 2,3 bulan ni macam mana" "saya nak tegur awak tapi mampu dalam hati je" "saya nak kita serius dan tak nak main-main dah" "awak..awak kena tolong saya taw" "tu dulu..ala..kne ikhlas lah" "banyak dah duit awak keluar..susahkan awak je.." itu antara bibit kata yg masih terngiang-ngiang di fikiranku . jodoh dan pertemuan itu percaturan Allah.. kita tak mampu sangka atau plan apa-apa.. itu lah yg terjadi pada aku..sekarang ni aku cuma tertanya-tanya . siapakah dia? soal jodoh memang aku tak pernah tolak . asalkan dia ikhlas dengan aku.. dia boleh terima aku apa adanya.. hmm... aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa.. apa yg pasti aku selesa dengan dia. hmm..sekarang ni aku tak tahu nak taip apa kat blog ni.. mungkin terlalu banyak untuk perkatakan tetapi hati aku lebih pilih untuk cakap dalam hati. itu sahaja.. kalau aku dah ready nak cerita, aku share...

dup dap dup dap

dup dap dup dap . terasa debaran nya.. korang mesti pelik kan? debaran apakah itu? 24 haribulan ni aku akan mengikat pertunangan dengan seseorang..aku tak tahu nak cakap macam mana..orang yg aku cinta? belum lagi.. orang yg aku sayang?? belum lagi..tapi sayang,cinta itu semua ada je tapi biasa lah kalau dia tak ego, mungkin aku berani ngaku yg dia orang yg aku sayang..orang yg aku cinta..tapi masalahnya tiada. dah macam cara dah aku buat untuk dia jatuh cinta kt aku.. tapi tak ada pun. semua benda dia dah pernah rasa dulu.. andai lah dia tahu yg dia lelaki pertama yg berani menyunting ku dari tanaman. dari dasar dia seorang lelaki yg budiman, bertanggungjawab , family man la orang kate. hmm.. dia melamar aku mase 1 disember 2017 . mase tu aku blur kut.. nak tolak lamaran tu tak sampai hati sebab nampak sangat lah dia beriya-iya nak aku.. aku sendiri pun tak tahu kenapa dia macam terburu-buru. masa aku dengan dia kan..aku nampak dia macam lah suka kat aku.. tapi dia asyik cita bagu...