Langkau ke kandungan utama

wehh..aku dah tunang 💍


Alhamdulillah.. 24 Mac 2018 menjadi tarikh saksi bahawa aku kini menjadi tunangan kepada Johanudin Awal bin Junit. Rase macam nak menjerit excited sangat2 tapi tulah tak syok sebab orang tua banyak kali cakap kat kitorang jangan selalu jumpa..aku tak kisah sebenarnya sebab aku tahu cinta aku dan cinta johan sudah bersatu.. Alhamdulillah sangat2..selesai satu babak cinta kami..terima kasih semua yg sudi hadir bagi memeriahkan majlis pertunangan kami.. untuk en tunang,maaf sangat2 sayang sebab saya tak terlayan awak sangat..saya bukan apa terlalu segan depan keluarga kita..ikutkan hati nak je berkepit dengan awak je sepanjang majlis tapi tulah..saya kena kenal2 dengan famili awak juga..supaya majlis pernikahan kita nanti dipermudahkan.. maaf kan saya taw sayang.. i love you infinity extra infinity <3 
untuk dalam masa 6 hari ini rasa dia lain sangat..rasa macam jadi orang besar dah saya.. bila tengok awak je..saya rase segan sangat2 tapi saya pretend macam tak segan langsung supaya kita tak rasa kekok.. awak, saya nak awak tahu yg saya selalu sayangkan awak tak kira apa jua terjadi.. saya akan fighting untuk cinta kita..saya tahu selame hampir 4 bulan ni awak dah terlalu banyak bersabar..awak baik sangat dengan saya..sanggup buat apa sahaja asalkan kita tetap bersama.. terima kasih awak yg encem..semoga Allah memberkati hubungan dan cinta kita berdua ye.. sama-sama lah nanti kita perbetulkan iman kita supaya tetap kuat walaupun kita masing-masing saling jatuh cinta. hati kita itu tetap milik Dia yg satu.. so,steady , cool and happy! actually banyak saya nak cakap dengan awak..tapi tunggu jela bila kita jumpa lagi ye sayang. 

untuk uolls..doakan kami ye supaya dipermudahkan segala urusan dalam majlis pernikahan kami dan seterusnya menempuh segala ujian sepanjang tempoh pertunangan ni..yg pasti kami mengharapkan hubungan kami kekal bahagia hingga ke jannah dan menjadi salah satu cinta yg Allah redhai di syurga nnti.. aminnnn..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku yang dulu bukan aku yang sekarang

Sudah lama aku tak update blog sejak kematian ayah aku. Entahlah diriku rasa tiada lagi cerita menarik yang aku boleh kongsikan disini. Hmm.. Kini aku sudah berumur 33 tahun, jadi ia sekadar angka atau bagaimana. Aku masih lagi rasa diriku di umur 25 lagi. Aku kadang-kadang rasa macam diri aku belum move on. Sudah hampir 6 tahun lebih aku masih belum dikurniakan zuriat disebabkan penyakit yang aku alami. Kadang-kadang aku sering menyalahkan diriku, adakah ini salahku kerana terlalu jaga harga diri dan maruah diriku sehingga aku diuji seperti ini? Andai aku boleh putarkan masa, aku ingin berada sewaktu aku berusia 24 tahun kerana masa itu aku ingin pilih direction untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana aku ke sheffield, United Kingdom dalam bidang statistik atau data security. Dan mungkin juga, aku dapat kahwin dengan lecturer ke tak pun mualaf ke. Disebabkan arwah ayah first time terkena serangan jantung, aku memilih untuk stay di Malaysia dan jadi ordinary person sahaja. Arwah aya...

dia adalah jiranku

"saya selalu nampak awak dekat bus-stop" "kita tengoklah 2,3 bulan ni macam mana" "saya nak tegur awak tapi mampu dalam hati je" "saya nak kita serius dan tak nak main-main dah" "awak..awak kena tolong saya taw" "tu dulu..ala..kne ikhlas lah" "banyak dah duit awak keluar..susahkan awak je.." itu antara bibit kata yg masih terngiang-ngiang di fikiranku . jodoh dan pertemuan itu percaturan Allah.. kita tak mampu sangka atau plan apa-apa.. itu lah yg terjadi pada aku..sekarang ni aku cuma tertanya-tanya . siapakah dia? soal jodoh memang aku tak pernah tolak . asalkan dia ikhlas dengan aku.. dia boleh terima aku apa adanya.. hmm... aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa.. apa yg pasti aku selesa dengan dia. hmm..sekarang ni aku tak tahu nak taip apa kat blog ni.. mungkin terlalu banyak untuk perkatakan tetapi hati aku lebih pilih untuk cakap dalam hati. itu sahaja.. kalau aku dah ready nak cerita, aku share...

dup dap dup dap

dup dap dup dap . terasa debaran nya.. korang mesti pelik kan? debaran apakah itu? 24 haribulan ni aku akan mengikat pertunangan dengan seseorang..aku tak tahu nak cakap macam mana..orang yg aku cinta? belum lagi.. orang yg aku sayang?? belum lagi..tapi sayang,cinta itu semua ada je tapi biasa lah kalau dia tak ego, mungkin aku berani ngaku yg dia orang yg aku sayang..orang yg aku cinta..tapi masalahnya tiada. dah macam cara dah aku buat untuk dia jatuh cinta kt aku.. tapi tak ada pun. semua benda dia dah pernah rasa dulu.. andai lah dia tahu yg dia lelaki pertama yg berani menyunting ku dari tanaman. dari dasar dia seorang lelaki yg budiman, bertanggungjawab , family man la orang kate. hmm.. dia melamar aku mase 1 disember 2017 . mase tu aku blur kut.. nak tolak lamaran tu tak sampai hati sebab nampak sangat lah dia beriya-iya nak aku.. aku sendiri pun tak tahu kenapa dia macam terburu-buru. masa aku dengan dia kan..aku nampak dia macam lah suka kat aku.. tapi dia asyik cita bagu...