Langkau ke kandungan utama

Pergi Tak Kembali

 ayah

tahun ni tahun paling sukar buat syita

syita tak tahu macam mana nak lalui hari-hari tanpa ayah

dari hujung rambut sampai hujung kaki

sepanjang hayat ayah tak pernah sekali pun ayah lupa tentang syita

andai bukan PKP , syita pasti akan jaga ayah hingga hembusan terakhir

Ya Allah kuat betul dugaan dan ujian Engkau berikan pada aku tahun ni

aku tak kuat sebenarnya tapi aku cuba kuat demi ibu

aku teringat semua kesilapan aku terhadap ayah

tahun ni tahun ke 2 aku tak dapat pergi solat raya dengan ayah.

tahun lepas sebab PKP

tahun ni Allahu

dah la tahun ni syawal pertama aku tak boleh lawat pusara ayah

Allahu

kuatkanlah hatiku

dulu aku semangat kemas rumah dan tolong ibu 

minta ayah belikan ikan untuk bust laksa johor

tahun ni no more laksa johor (juadah kegemaran ayah setiap kali syawal)

setiap pagi syawal , aku akan mohon ampun dosa aku terhadap ayah

aku tahu tak pernah sedikit pun ayah tak ampunkan aku

setiap tahun ayah akan belikan baju raya untuk aku even umur aku dh 26 tahun

biru tetap jadi pilihan

ayah, tahun ni syita pilih warna untuk syita berkabung bersama ibu

syita terfikir macam mana lah adik ayah dekat sana ye?

diorang semua ok ke?

tapi ayah nak tahu tak yg syita dah kena tukar ke gombak?

dekat sangat dengan pusara ayah

then dekat dengan DUKE

hajat ayah nak bawa ibu pergi sabah dengan sarawak tidak kesampaian

tak pe ayah. nnti syita bawa ibu ke sana ye

tapi kena tunggu tak pkp la

in shaa Allah Allah akan hilangkan wabak covid ni tak lama lagi

time tu tiap2 bulan syita mai lawat kubur ayah ye

ayita tak kuat nak solat dekat muadz bin jabal ayah

tunggu syita kuat dulu ye

ayah dah bahagia dekat sana kan?

ayah doakan untuk syita juga ye

syita tak sabar nak bawa cucu ayah lawat ayah dan syita akan sampaikan pada diorang hebatnya tok ayah diorang

ayah tunggu syita ye

oklah ayah , nanti syita post lagi dekat sini apa yg syita tak mampu lafaz pada orang lain

DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADA DIA KITA DIKEMBALIKAN

AL FATIHAH UNTUK MOHD SHAH BIN MOHD SALLEH 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku yang dulu bukan aku yang sekarang

Sudah lama aku tak update blog sejak kematian ayah aku. Entahlah diriku rasa tiada lagi cerita menarik yang aku boleh kongsikan disini. Hmm.. Kini aku sudah berumur 33 tahun, jadi ia sekadar angka atau bagaimana. Aku masih lagi rasa diriku di umur 25 lagi. Aku kadang-kadang rasa macam diri aku belum move on. Sudah hampir 6 tahun lebih aku masih belum dikurniakan zuriat disebabkan penyakit yang aku alami. Kadang-kadang aku sering menyalahkan diriku, adakah ini salahku kerana terlalu jaga harga diri dan maruah diriku sehingga aku diuji seperti ini? Andai aku boleh putarkan masa, aku ingin berada sewaktu aku berusia 24 tahun kerana masa itu aku ingin pilih direction untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana aku ke sheffield, United Kingdom dalam bidang statistik atau data security. Dan mungkin juga, aku dapat kahwin dengan lecturer ke tak pun mualaf ke. Disebabkan arwah ayah first time terkena serangan jantung, aku memilih untuk stay di Malaysia dan jadi ordinary person sahaja. Arwah aya...

dia adalah jiranku

"saya selalu nampak awak dekat bus-stop" "kita tengoklah 2,3 bulan ni macam mana" "saya nak tegur awak tapi mampu dalam hati je" "saya nak kita serius dan tak nak main-main dah" "awak..awak kena tolong saya taw" "tu dulu..ala..kne ikhlas lah" "banyak dah duit awak keluar..susahkan awak je.." itu antara bibit kata yg masih terngiang-ngiang di fikiranku . jodoh dan pertemuan itu percaturan Allah.. kita tak mampu sangka atau plan apa-apa.. itu lah yg terjadi pada aku..sekarang ni aku cuma tertanya-tanya . siapakah dia? soal jodoh memang aku tak pernah tolak . asalkan dia ikhlas dengan aku.. dia boleh terima aku apa adanya.. hmm... aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa.. apa yg pasti aku selesa dengan dia. hmm..sekarang ni aku tak tahu nak taip apa kat blog ni.. mungkin terlalu banyak untuk perkatakan tetapi hati aku lebih pilih untuk cakap dalam hati. itu sahaja.. kalau aku dah ready nak cerita, aku share...

dup dap dup dap

dup dap dup dap . terasa debaran nya.. korang mesti pelik kan? debaran apakah itu? 24 haribulan ni aku akan mengikat pertunangan dengan seseorang..aku tak tahu nak cakap macam mana..orang yg aku cinta? belum lagi.. orang yg aku sayang?? belum lagi..tapi sayang,cinta itu semua ada je tapi biasa lah kalau dia tak ego, mungkin aku berani ngaku yg dia orang yg aku sayang..orang yg aku cinta..tapi masalahnya tiada. dah macam cara dah aku buat untuk dia jatuh cinta kt aku.. tapi tak ada pun. semua benda dia dah pernah rasa dulu.. andai lah dia tahu yg dia lelaki pertama yg berani menyunting ku dari tanaman. dari dasar dia seorang lelaki yg budiman, bertanggungjawab , family man la orang kate. hmm.. dia melamar aku mase 1 disember 2017 . mase tu aku blur kut.. nak tolak lamaran tu tak sampai hati sebab nampak sangat lah dia beriya-iya nak aku.. aku sendiri pun tak tahu kenapa dia macam terburu-buru. masa aku dengan dia kan..aku nampak dia macam lah suka kat aku.. tapi dia asyik cita bagu...